DPP PETRONAS INTAKE 2013/2014 (OFFICIAL)

Dewan Penginapan Pelajar (DPP) PETRONAS ini secara rasminya diberi nama pada 19 Mac 1995. Nama Petronas ini diambil bersempena dengan nama sebuah Syarikat Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS). Sebelum itu, ia dikenali dengan nama Kolej D9. Majlis pemasyuran nama DPP yang baru ini berlangsung di Dewan Muadzam Shah, UUM dan dirasmikan oleh Presiden Eksekutif PETRONAS iaitu Yang Berbahagia Dato' Mohd. Hussain Marican. Pada masa kini DPP PETRONAS merupakan kolej keempat dan merupakan DPP ELIT.

Lokasi DPP PETRONAS ini sangat strategik kerana ia berhampiran dengan The Varsity Mall, Pusat Budaya & Seni, Masjid Sultan Badlishah, Pusat Kegiatan Pelajar, Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Dewan MAS, dan merupakan kolej kediaman yang terletak ditengah-tengah Universiti Utara Malaysia.

DPP PETRONAS mempunyai lapan buah blok kediaman yang terdiri daripada 2 buah blok lelaki dan 6 buah blok perempuan. DPP ini juga mempunyai sebuah kafeteria, sebuah kedai fotostat, sebuah makmal komputer, tapak BBQ, taman mini i-city dan sebuah bilik aktiviti pelajar. DPP ini juga mempunyai sebuah 'lounge' untuk para pelajar beristirehat yang mempunyai bilik karaoke, beberapa buah TV Plasma, indoor games dan juga 2 buah meja pool mini. DPP ini juga mempunyai sebuah bilik aktiviti kebudayaan.