i.Business Club

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ بِسْــــــــ...ــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Segenap puji dan syukur diuntukan bagi Allah Azza Wajalla, dengan taufik dan I"nayah-Nya jualah idea dan usaha ini dapat di ilhamkan dalam mermartabatkan Ekonomi Ummah. Dan dapat kita terus bersama memperjuang dan meneggakkan agama Allah dan menyatukan warisan bangsa.
Cetusan ilham yang datang dari suatu hasil kajian pemikiran dan perbincangan, maka dengan ini kami telah menubuhkan sebuah Club yang berasaskan perniagaan ke arah memantapkan lagi Ekonomi Ummah dangan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم maka lahirlah ' i.Business Club' ( Kelab Usahawan Islam).
Matlamat penubuhan Club ini adalah bertujuan untuk menyatu- padukan perjuangan dalam memantapkani Ekonomi Ummah. maka dengan itu marilah kita bersatu bersama di dalam Club ini, bagi merialisasikan perjuangan ini.
Semoga Allah S.W.T. sentiasa memberkati dan merahmati usaha kita ini dan sentiasa diberi petunjuk-Nya kearah jalan yang benar dan lurus , jalan yang diredhai-Nya..
i.Business Club di tubuhkan pada 3 Januari 2010 dan beralamat di
Wisma B & R ,119b, Jalan Pasir Puteh , 31650 Ipoh Perak.

Aktivitis> -Menganjurkan seminar-seminar perniagaan
-Menganjurkan ceramah-ceramah perniagaan
-Menganjurkan perjumpaan-perjumpaan Usahawan