KELAB SUKAN BERMOTOR TAMBULION KOTA BELUD (KSBTKB)

Kelab Sukan Bermotor Tambulion Kota Belud(KSBTKB) adalah sebuah kelab motosikal yang menghimpunkan ramai anak muda dan veteran bersama berkongsi hobi dan perkara berkaitan motosikal. Dahulunya kelab ini dinamakan Tambulion Riders Club(TaRiC), namun disebabkan keperluan untuk mengubah nama kelab menjadi syarat utama untuk mendaftarkan kelab dibawah Kementerian Belia dan Sukan, maka Kelab Sukan Bermotor Tambulion Kota Belud(KSBTKB) diambil sebagai nama baru kelab.
Walaupun kelab ini secara rasminya baru didaftarkan secara sah dibawah KBS pada 17hb April 2014, ia sebenarnya sudah ditubuhkan sejak awal tahun 2011. Kelab ini aktif dalam menjalankan beberapa aktiviti-aktiviti menarik terutamanya konvoi ke beberapa tempat menarik di seluruh Sabah iaitu Pusat Pelancongan Sayap, Kota Belud, Simpang Mengayau, Kudat dan Mahua Waterfall.Tambunan, Damai Eco Ranch Ranau, Taman Pelancongan Serinsim Kota Marudu dan Konvoi Bermotosikal Jelajah Selatan Borneo 2014 yang meliputi daerah Ranau, Tambunan, Keningau, Tenom, Beaufort, Spitang, Bongawan, Papar dan Tuaran. Selain aktiviti konvoi, kelab ini juga aktif dalam kerja kemasyarakatan misalnya gotong-royong pembersihan gelanggang permainan, pembersihan kawasan perkuburan dan juga mengiringi pengantin dalam majlis perkhawinan dan lawatan berkumpulan ke sesuatu event misalnya Karnival DRAG di Sandakan tahun lepas.
Menariknya tentang kelab ini ialah ianya di anggotai oleh ahli kelab yang bukan hanya terbatas berasal dari Kg. Tambulion itu sendiri tetapi juga menerima keahlian dari kampung yang lain misalnya dari Kg. Tempasuk 1, Kg. Tempasuk 2, Kg. Mandap dan Kg. Piasau. Penyertaan adalah terbuka selagi ia mematuhi setiap syarat-syarat yang telah ditetapkan. Ada dikalangan ahli kelab ini yang bekerja dalam sektor pendidikan, kesihatan dan perubatan, pengurusan, keselamatan dan bekerja sendiri(mekanik motosikal dan kereta). Latar belakang pekerjaan yang pelbagai dikalangan ahli kelab banyak membantu dalam memantapkan lagi aspek pengurusan kelab.