Kata2 Motivasi..

Kenapa memotivasikan diri , dan dimotivasikan. Sebab perubahan i...tu sendiri bukan fitrah manusia.Manusia semahunya berada dalam zon selesa sebagaimana CERITA KATAK. Katak A dan Katak B – diletakkan dalam bikar air ( katak2 tersebut amat senang bermain dengan air sebab zon selesanya ) , kajian dibuat dengan menyalakan api penunu bunsen – didapati katak A terus melompak keluar , tapi katak B terus berada dalam zon selesa sehingga air itu mendidih dan akhirnya mati.
Kita perlu keluar zon selesa kita.
Kita perlukan motivasi diri yang berterusan.

BAGAIMANA.

Kita mulakan disini.Dengan kepercayaan yang kita semua dilahir dengan potensi yang sama , perubahan adalah milik kita.sebagaimana CERITA SEORANG LELAKI MENJUAL BELON.Yang menaikkan belon bukan disebabkan oleh warnanya tapi isi dalam belon. Perubahan bersekitaran menjadikan kita kadang2 leka sebalik ' kepercayaan ' kita sendiri , sebagaimana CERITA ANAK GAJAH. Yang mengikat diri dengan kepercayaan aku tak boleh.Percayalah , kita zahirnya sikap dalam tindakan kita seharian , yang mana kajian dibuat sikap dibentuk oleh budaya dibentuk oleh tabiat dibentuk oleh KELAZIMAN kita.

Apa yang kita lakukan secara berterusan akan menjadi tabiat.Tabiat itu akan membentuk budaya pemikiran kita dan seterusnya SIKAP kita terbentuk. Kita berhak menentukan perubahan diri kita bermula dengan ubah kelaziman kita , berdasarkan satu kajian menyatakan 70 % sikap kita dipengaruhi oleh persekitaran ( kawan2 , media massa ) . Yang pasti kita ada pilihan.