Kelas Menjahit & Alatan Jahitan

Group ini adalah bertujuan berkongsi mengenai jahitan , kelas m...enjahit, kraftangan , manik, sulaman, pakaian siap, tudung, peralatan jahitan dan apa sahaja yang berkaitan. Tak kisah la nak menjual atau bertanya pandangan janji ada kena mengena . Semoga group ini dapat menambahkan income ahli2 dan membantu yang lain dalam bidang jahitan . Sebarang post yang tiada kena mengena akan didelete dan ahli yang melanggar etika akan dikeluarkan dari group serta merta Harap maklum

PERHATIAN UNTUK SEMUA WARGA KMAJ !! Sempena kedatangan tahun baru, saya terpaksa melaksanakan satu undang2 baru untuk kebaikan kita bersama .Walaupun akan membebankan sesetengah pihak termasuk saya tapi kena juga buat .
Mulai 1 Januari 2015 diminta semua pihak yang berniaga online yang menjual barang runcit atau borong seperti kain, nota pola, pola siap pakaian , mesin jahit, alatan jahitan atau apa2 sahaja PRODUK SIAP sila pamerkan nama syarikat dan no syarikat di setiap gambar yang anda ingin promot. Lebih kurang macam watermark la. Ini adalah tujuan utk memberi kepercayaan kepada pengguna dan juga mempromosi syarikat anda. Setiap iklan yang tiada nama syarikat atau no syarikat saya akan terus delete post .. Bukan delete orang ye . Bagi mereka yang tiada lagi ssm pula boleh pamerkan nama FB atau no telefon untuk mudahkan pengguna mengenalpasti siapa anda . Letakkan juga tanda harga supaya tidak berlaku salah faham ...
Peraturan ini dikecuali kan bagi tempahan yang melibatkan jahitan atau gambar2 untuk perkongsian. Harap maklum dan jelas.. Kalau saya sendiri pun terlupa letakkan nama syarikat sila jgn segan2 menegur saya . Begitu juga kepada orang lain.. Tapi tegur menegurlah dengan cara berhemah . Anda bebas beriklan cuma beriklanlah secara telus dan professional.