NAZA BLADE MALAYSIA (NBM)

NAZA BLADE MALAYSIA atau NBM adalah sebuah group gantian atau lembaran baru kepada group Hyosung 250/650 @ Naza Blade 250/650.

Tujuan group lama diganti dengan nama baru adalah kerana ramai di kalangan kita ingin menjadikan group kita sebagai tempat yang sihat untuk berkenalan mahupun berkongsi pengalaman dan bukan untuk tempat diperkotak katik, dikritik secara kasar atau istilah lain "dirogol".

Dahulu group kita dikenali ramai sebagai zoo, dan jika sudah dilabelkan zoo maka-nya kita dapat melihat orang lain diluar sana akan gambarkan group kita sebagai sebuah tempat yg kurang terurus.

Di NBM, free post tetap free post, anda bebas bersuara dan mengkritik.. akan tetapi biarlah kritikan tersebut kritikan yg membina.. bukan lah kritikan yang berunsur provokasi mahupun yg berunsurkan negatif seperti mengaibkan kita sesama rider.

Dengan itu, di harapkan NBM dapat menjadi satu pentas atau hub di mana, semua rider2 baru dan lama, malah bakal-bakal rider jentera Naza Blade untuk berkongsi pendapat, perbincangan, pengetahuan dan juga permasalahan teknikal terhadap jentera masing-masing.

NBM jugak diharapkan dapat menjadi sebuah gabungan kelab-kelab naza blade diluar sana untuk membentuk satu gagasan yang lebih jitu dan kukuh dengan semangat perpaduan antara bikers.

Forum NBM :
http://w11.zetaboards.com/Naza_Blade_Malaysia/index/