Soal Jawab Agama Bersama Ustaz

Dinasihatkan agar pertanyaan atau kenyataan berbaur perkauman, p...olitik, terapi cinta dan provokasi dihentikan kerana ia sama dengan pelbagai group yang lain.

Sebaiknya di sini kita lebih menjurus ke arah memahami hukum Islam yang sebenar berkaitan dengan dalil, fatwa dan natijah hukum yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Semoga perbincangan ini mendapat keberkatan dari Allah Taala. Insya Allah!

Tambahan :

Peringatan kepada mereka yang mahu menjawab soalan :

Ibn Mas'ud berkata, "Orang yang memberi fatwa dalam semua soalan yang diajukan kepadanya, adalah orang gila".

Imam Malik pernah ditanya satu soalan. Lalu beliau menjawab, “Saya tidak tahu”. Si penyoal itupun berkata, “Imam, ini soalan ringan sahaja…”. Imam Malik lantas berkata, “Dalam ilmu, tidak ada satu pun yang ringan. Tidak pernahkah kamu mendengar firman Allah: Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat. (Al-Muzzammil: 5). Dalam ilmu, semuanya berat”.

Utbah Bin Muslim menceritakan tentang Ibn Umar r.a. Katanya, “Aku bersahabat dengan Ibn Umar selama 34 bulan. Apabila ditanya soalan kepadanya, kerap kali dia menjawab: Aku tidak tahu”.

Imam Syafie pernah ditanya satu soalan, lalu beliau senyap tanpa menjawab. Penyoal itu bertanya, “Adakah kamu tidak mahu menjawabnya?” Jawab Imam Syafie: “Sehingga aku mengetahui adakah kelebihan terletak pada jawapanku atau pada diamku”.

Kata Ibn Abi Laila, "Aku menemui 120 orang ansar dari kalangan sahabat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Apabila salah seorang ditanya masalah, dia akan menolak supaya diaju kepada yang lain. Yang lain pula menolak supaya diaju kepada yang lain, sehingga kembali kepada orang pertama".

Al-Sakhtiyani berkata, "Orang yang paling pantas memberi fatwa, dialah yang paling sedikit ilmunya tentang khilaf ulama".