Malaysia

----------------------------------------------
Selamat Datang ke... Group Malaysia
----------------------------------------------

Group ini khas untuk seluruh rakyat malaysia tanpa mengira usia jantina mahupun warna kulit!

Kami menubuhkan Group ini adalah atas rasa tanggungjawab ke atas negara untuk menyatukan masyarakat berbilang kaum yang selama ini kita jelas lihat dimana kaum melayu akan berada di dalam Group melayu, kaum cina di dalam Group cina dan kaum india di dalam Group india..

Jadi sudah tiba masanya kita menjemput rakan-rakan yang dikenali di dunia realiti mahupun dunia maya ini ke dalam 1 Group supaya mudah untuk kita berbincang atau bertukar pendapat dengan sesama kaum mahupun kaum yang lain di atas dasar rakyat Malaysia..

Ramai dikalangan kita yang masih lagi belum mengenali lebih dekat dengan rakan yang berbeza kaum dan tidak kira melayu, cina mahupun india akan punya sedikit di hati mengatakan bahawa rakan yang berbeza kaumnya adalah dianggap "racist" jadi marilah kita buktikan bahawa kita hidup aman damai dengan rakan-rakan melayu, cina mahupun india tanpa mengamalkan sifat "racist" atau perkauman..

Ayuh bersatu atas nama Malaysia.. Ayuh bersatu kerana kita semua RAKYAT MALAYSIA!!

Add la skali kengkawan dalam friendlist korang.. sikit2 lama2 jadi banyak.. kita kasi cecah 5juta user dalam nie jommm~~ hahaha


--------------------
Group Rules:-
--------------------

1. Hormati ADMIN group!

2. Tiada posting berbaur perkauman

3. Add sesiapa sahaja asalkan Rakyat Malaysia

4. Posting berbentuk menyentuh sensitiviti agama dan kaum akan dipadam

5. Dilarang berkongsi link-link lucah atau apa-apa bahan yg berkaitan dgan bnda lucah

6. Dilarang berkongsi link-link hack, phished, trainer atau apa-apa yang berkaitan

7. Kami tidak akan bertanggung jawab atas sebarang post yang mempunyai copyright oleh ahli kami

8. Posting berbentuk SPAM akan dipadam serta merta

9. Posting berbentuk penghinaan,tidak menjaga hati, kutukan sesama penghuni Malaysia juga akan dipadamkan

10. Postkan apa sahaja topic atau komen asalkan anda tidak melanggar peraturan di atas

------------------------------
Rules for Political Topic
------------------------------

Pertama sekali, sebenarnya kami tidak berapa setuju jika group ini menjadi tempat perbualan hangat dalam isu-isu politik kenara kebiasaannya akan menimbulkan kemarahan tidak kira dari pihak mana-mana. Jadi tolong ikut peraturan dibawah jika para pengguna berminat untuk mengepost sebarang topic politik.

1. Tiada isu spam ataupun isu yang tidak membina dan sekadar menyakitkan hati rakan-rakan yang lain

2. Tiada posting gambar yang di edit-edit

3. Berhujjah dengan logic, bukannya fitnah

4. Tiada makian

5. Tiada posting berbaur perkauman atau keagamaan

6. Admin berhak memadam sebarang posting yang melampau

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Pm saya untuk sebarang pertanyaan atau report

Mohammad Remy Sharin - http://www.facebook.com/iam31337?ref=pb